Akta Saraan Hakim 1971 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Pencen dan Faedah-Faedah Lain Hakim dan Orang Tanggungan
Akta Saraan Hakim 1971 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Pencen dan Faedah-Faedah Lain Hakim dan Orang Tanggungan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang Hakim yang berhak mendapat apa-apa bayaran di bawah Akta ini mati sebelum pembayaran dibuat, amaun yang masih belum berbayar boleh dibayar kepada orang tanggungannya tanpa probet atau surat kuasa mentadbir.
Apa-apa amaun yang belum berbayar di bawah seksyen ini tidaklah menjadi sebahagian daripada estet Hakim yang mati dan hendaklah digunakan untuk faedah orang tanggungannya.
Saraan Hakim 25
Bagi maksud seksyen ini, “belum berbayar” ertinya belum lagi dibayar oleh Kerajaan atau belum lagi dikeluarkan oleh Hakim.