Akta Saraan Hakim 1971 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Pencen dan Faedah-Faedah Lain Hakim dan Orang Tanggungan
Akta Saraan Hakim 1971 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Pencen dan Faedah-Faedah Lain Hakim dan Orang Tanggungan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bagi maksud menghitung pencen dan ganjaran seseorang
Hakim di bawah Akta ini, tempoh perkhidmatannya sebagai
Pesuruhjaya Kehakiman sebaik sebelum pelantikannya sebagai Hakim hendaklah dikira sebagai sebahagian daripada tempoh perkhidmatannya sebagai Hakim.
Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi seseorang Hakim yang masih dalam perkhidmatan atau yang telah bersara sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini.
Walau apa pun subsekyen (1), jika apa-apa pencen atau ganjaran telah dibayar kepada seseorang Hakim di bawah mana-mana undang-undang lain bagi tempoh yang sama dengan tempoh yang hendaklah dikira sebagai sebahagian daripada tempoh perkhidmatannya sebagai Hakim, pencen dan ganjarannya di bawah
Akta ini hendaklah dikurangkan sebanyak amaun yang telah dibayar sedemikian.