Akta Saraan Hakim 1971 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Pencen dan Faedah-Faedah Lain Hakim dan Orang Tanggungan
Akta Saraan Hakim 1971 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Pencen dan Faedah-Faedah Lain Hakim dan Orang Tanggungan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk pada Bahagian ini, pencen Hakim hendaklah dihitung mengikut kadar 1/360 daripada gaji akhir yang diterimanya bagi setiap bulan genap perkhidmatan sebagai Hakim:
Dengan syarat bahawa tiada sekali-kali pencen yang dihitung sedemikian boleh lebih daripada 3/5 daripada gaji yang akhir diterimanya tetapi, bagaimanapun, tanpa menjejaskan apa-apa penyelarasan pencen untuk faedahnya yang boleh dibuat mengikut
Bahagian IIIA.
Bagi maksud menghitung pencen seseorang Hakim, tempoh perkhidmatan seseorang Hakim dalam suatu jawatan yang lain di bawah seksyen 8C hendaklah dihitung sebagai tempoh perkhidmatan sebagai Hakim.