Akta Saraan Hakim 1971 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Pencen dan Faedah-Faedah Lain Hakim dan Orang Tanggungan
Akta Saraan Hakim 1971 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Pencen dan Faedah-Faedah Lain Hakim dan Orang Tanggungan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bagi maksud menghitung pencen seseorang Hakim, tempoh perkhidmatan untuk melayakkannya mendapat pencen maksimum ialah 18 tahun sebagai seorang Hakim.
Saraan Hakim 11
Bagi maksud subseksyen (1), jika seseorang Hakim telah, sebagaimana yang dikehendaki oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah perenggan 8C(1)(b), melepaskan jawatannya untuk berkhidmat dalam suatu jawatan yang lain selama apa-apa tempoh demi kepentingan negara dan selepas menamatkan tempoh perkhidmatannya dalam jawatan yang lain itu—
dilantik semula serta-merta untuk memegang jawatan
Hakim, tempoh perkhidmatannya sebagai Hakim sebelum, dan tempoh dia berkhidmat dalam jawatan yang lain itu selepas, dia melepaskan jawatannya sebagai Hakim hendaklah dihitung sebagai tempoh perkhidmatan sebagai
Hakim; atau
tidak dilantik semula untuk memegang jawatan Hakim oleh sebab dia telah mencapai umur persaraannya menurut subseksyen 8C(3), tempoh perkhidmatannya sebagai Hakim sebelum, dan tempoh dia berkhidmat dalam jawatan yang lain itu sehingga dia mencapai umur persaraannya selepas, dia melepaskan jawatannya sebagai Hakim hendaklah dihitung sebagai tempoh perkhidmatan sebagai Hakim.