Akta Saraan Hakim 1971 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Pencen dan Faedah-Faedah Lain Hakim dan Orang Tanggungan
Akta Saraan Hakim 1971 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Pencen dan Faedah-Faedah Lain Hakim dan Orang Tanggungan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 2 Ordinan Pencen 1951 [No. 1 tahun 1951], sebagaimana yang terpakai bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu, adalah dengan ini dipinda dengan memotong perkataan “a Judge of the
Supreme Court and” daripada takrif “officer” di dalamnya.
Tertakluk pada seksyen 12 dan 16, setakat yang Ordinan
Pencen 1951 yang disebut terdahulu, Ordinan Pencen 1963 Sabah
[No. 3 tahun 1963] dan Ordinan Pencen Sarawak [Bab 89], mengikut mana-mana yang berkenaan, terpakai bagi seseorang Hakim
Mahkamah Persekutuan atau Hakim Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak dan setakat yang peruntukan sesuatu pemberitahuan yang dibuat di bawah seksyen 2
undang-undang pencen yang disebut terdahulu itu masing-masing berkenaan dengan jawatan seseorang Hakim hendaklah disifatkan sebagai tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa atau kesan apabila Akta ini mula berkuat kuasa.