Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian III · Pencen dan Faedah-Faedah Lain Hakim dan Orang Tanggungan

11B. Pencen hilang upaya bagi Hakim

(1)

Jika seseorang Hakim terhenti memegang jawatan atas alasan tak berdaya kerana kelemahan tubuh badan atau minda atau apa-apa sebab lain untuk menjalankan dengan sepatutnya fungsi jawatannya oleh sebab—

(a)

menanggung bencana semasa melaksanakan dan berbangkit daripada melaksanakan tugas rasminya atau disebabkan oleh kemalangan dalam perjalanan; atau 20

Undang-Undang Malaysia

(b)

mendapat penyakit kerana keadaan persekitaran di tempat kerjanya, dia adalah berhak, sebagai tambahan kepada pencen dan ganjarannya, mendapat pencen hilang upaya yang dihitung sebagai pecahan daripada gajinya seperti yang berikut:

Darjah Kecacatan

Kadar Kena

Dibayar

Tercacat sedikit … … … … … … …

1/12

Tercacat … … … … … … … … …

1/6

Tercacat sebahagian besarnya … … … …

1/4

Tercacat sama sekali … … … … … …

1/3

(2)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), seseorang Hakim yang dilantik sebelum tarikh berikutan dengan tarikh Akta Saraan

Hakim (Pindaan) 1984 [Akta A609] tersiar dalam Warta hendaklah membuat pilihan secara bertulis dalam tempoh enam bulan dari tarikh yang berikutan dengan tarikh penyiaran itu sama ada dia, orang tanggungan atau wakil dirinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah diberi sama ada—

(a)

faedah kematian dan hilang upaya yang diperuntukkan sebagaimana yang sesuai di bawah perenggan 13

Jadual Kedua; atau

(b)

pencen hilang upaya dan pencen tanggungan yang diperuntukkan sebagaimana yang sesuai masing-masingnya di bawah seksyen ini dan seksyen 11C, sekiranya dia mati atau dia menanggung bencana dalam hal keadaan yang disebut dalam perenggan (1)(a) akibat daripada kemalangan yang disebut dalam perenggan 13 Jadual Kedua, dan sekiranya dia tidak membuat pilihan sedemikian, peruntukan perenggan 13 Jadual Kedua hendaklah terus terpakai bagi kesnya.

Saraan Hakim 21

(3)

Tertakluk pada subseksyen (2), jika Hakim yang disebut dalam subseksyen (1) telah menanggung bencana itu dalam suatu kawasan keselamatan yang diisytiharkan di bawah seksyen 47

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 [Akta 82], pecahan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah dibaca seolah-olah dalam subseksyen itu 1/12 telah digantikan dengan 1/8, 1/6 dengan 1/4, 1/4

dengan 3/8 dan 1/3 dengan 1/2 di mana-mana jua ia terdapat.

(4)

Tiada seorang pun Hakim layak mendapat pencen hilang upaya di bawah seksyen ini melainkan jika kecacatan yang berkenaan itu adalah kekal, sebagaimana yang ditentukan oleh lembaga Pegawai

Perubatan yang ditubuhkan bagi maksud itu di bawah seksyen 8A.

(5)

Bagi maksud subseksyen (1), “bencana” atau “penyakit” ertinya bencana atau penyakit yang bukan disebabkan oleh, atau yang tidak menjadi semakin teruk atau disebabkan oleh, kecuaian atau salah laku pada pihak Hakim yang berkenaan itu.

(6)

Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 11C, “gaji” ertinya gaji

Hakim sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama pada masa menanggung bencana atau menghidap penyakit itu.

(7)

Jika seseorang Hakim yang dilantik pada atau selepas tarikh berikutan dengan tarikh Akta Saraan Hakim (Pindaan) 1984 tersiar dalam Warta menanggung bencana dalam hal keadaan yang disebut dalam perenggan (1)(a), dia adalah berhak mendapat pencen hilang upaya hanya di bawah seksyen ini dan dia tidaklah mempunyai apa-apa hak membuat pilihan di bawah subseksyen (2) supaya diberi faedah kematian dan hilang upaya yang diperuntukkan sebagaimana yang sesuai di bawah perenggan 13 Jadual Kedua.

Report