Skip to content

Seksyen 124

of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011

ActIn forceProvision 132 of 179

Seksyen 124

(1)

Walau apa pun mana-mana undang-undang atau kontrak, jika Perbadanan menyebabkan sebahagian liabiliti deposit yang tidak diinsuranskan oleh Perbadanan atau sebahagian liabiliti manfaat takaful atau manfaat insurans yang tidak dilindungi oleh Perbadanan dipindahkan kepada suatu institusi perantaraan, institusi perantaraan itu adalah disubrogasi kepada semua hak dan kepentingan pemiutang berhubung dengan keseluruhan liabiliti itu dan boleh mengambil tindakan atas nama institusi perantaraan atau nama pemiutang.

(2)

Apabila sahaja institusi perantaraan telah menerima suatu amaun yang bersamaan dengan bahagian liabiliti yang telah diambil alih itu, hak dan kepentingan pemiutang berhubung dengan baki

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 149

liabiliti itu hendaklah kembali kepada pemiutang itu, tanpa apa-apa tindakan pindahan atau formaliti yang lain.

Penggantungan berkenaan dengan institusi perantaraan