Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bahagian VII · Tindakan Oleh Perbadanan
128. Perbadanan boleh memegang syer institusi anggota
Feedback & supportWalau apa pun subperenggan 25(2)(a)(iii), Perbadanan boleh memegang—
(a)
syer bekas institusi perantaraan; atau
(b)
syer mana-mana orang lain yang diterima oleh Perbadanan, sama ada secara langsung atau daripada suatu institusi perantaraan akibat jualan atau pelupusan lain syer institusi perantaraan atau jualan atau pelupusan lain aset institusi perantaraan oleh Perbadanan.
Bab 2A
Peruntukan yang berhubungan dengan pemindahan wajib syer