Seksyen 126
Notis mengenai niat untuk meneruskan prosiding
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Jika, menurut kuasa suatu surat cara pindah milik, institusi anggota lain atau suatu institusi perantaraan menjadi pengganti dalam apa-apa tindakan, guaman atau prosiding oleh atau terhadap suatu institusi anggota (sama ada secara kehakiman, pentadbiran atau pengawalseliaan), prosiding itu tidak boleh diteruskan oleh mana-mana pihak selain institusi itu sebagai pengganti kecuali ia telah diberi notis selama sembilan puluh hari mengenai cadangan untuk meneruskan prosiding itu, dan jika masa yang dibenarkan untuk mengambil apa-apa langkah dalam prosiding akan habis tempoh sebelum berakhirnya tempoh notis itu, maka, walau apa pun yang bertentangan dalam mana-mana undang-undang yang lain, masa itu
150
Undang-Undang Malaysia adalah disifatkan sebagai dilanjutkan sehingga hari kelima mahkamah berurusan selepas tempoh notis itu berakhir.