Seksyen 125
Jika suatu subsidiari Perbadanan dinamakan sebagai institusi perantaraan—
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
ActIn forceProvision 133 of 179
Seksyen 125
(a)
tiada tindakan, guaman atau prosiding di mana-mana mahkamah atau tribunal boleh dimulakan atau diteruskan terhadap institusi perantaraan atau berkenaan dengan asetnya;
(b)
tiada penahanan, garnisan, pelaksanaan atau cara lain untuk menguatkuasakan penghakiman, award atau perintah terhadap institusi perantaraan atau asetnya boleh dibuat atau diteruskan; dan
(c)
tiada pemiutang institusi perantaraan mempunyai apa-apa remedi terhadap institusi perantaraan atau asetnya, selama tempoh sembilan puluh hari selepas penamaan dibuat.