Skip to content

Seksyen 127

Bantuan kepada institusi perantaraan

of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011

ActIn forceProvision 135 of 179
Seksyen 127
(1)

Perbadanan boleh, dalam apa-apa cara yang difikirkannya patut, memberikan apa-apa bantuan kewangan kepada institusi perantaraan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Perbadanan.

(2)

Suatu institusi perantaraan hendaklah, apabila dituntut atau pada masa lain yang ditentukan oleh Perbadanan, membayar atau membayar balik kepada Perbadanan—

(a)

apa-apa pinjaman atau pembiayaan lain yang diadakan oleh

Perbadanan kepada atau disebabkan oleh institusi perantaraan;

(b)

amaun apa-apa bantuan kewangan lain yang diberikan oleh

Perbadanan kepada atau disebabkan oleh institusi perantaraan;

(c)

kos kepada Perbadanan bagi apa-apa pinjaman atau peminjaman lain yang ditanggungnya untuk memberikan bantuan kewangan kepada atau disebabkan oleh institusi perantaraan;

(d)

amaun apa-apa kerugian nilai pelaburan apa-apa dana

Perbadanan yang digunakan untuk memberikan bantuan kewangan kepada atau disebabkan oleh institusi perantaraan;

(e)

kos perbelanjaan sendiri atau overhed Perbadanan bagi menyediakan apa-apa perkhidmatan atau meminjamkan mana-mana pekerjanya kepada institusi perantaraan; dan

(f)

apa-apa kos lain, termasuk cukai pendapatan atau cukai lain, yang Perbadanan tidak akan tanggung jika tidak kerana

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 151

tindakan yang diambilnya di bawah seksyen 99 atau selainnya yang berhubungan dengan institusi perantaraan.

Perbadanan boleh memegang syer institusi anggota