Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bahagian VII · Tindakan Oleh Perbadanan
131. Objektif pelikuidasi apabila menggulung institusi anggota
Feedback & supportWalau apa pun mana-mana undang-undang lain, seorang pelikuidasi yang dilantik berkenaan dengan penggulungan suatu institusi anggota hendaklah mengambil kira objektif yang berikut:
untuk bekerjasama dengan Perbadanan bagi maksud memastikan bahawa—
setiap pendeposit yang mempunyai suatu deposit diinsuranskan, sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan; atau
setiap benefisiari takaful atau orang diinsuranskan yang mempunyai suatu manfaat dilindungi,
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 159
sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan, secepat yang dapat dilaksanakan—
dipastikan liabiliti deposit atau liabiliti manfaat takaful atau insurans yang berkaitan itu dipindahkan kepada dan diambil alih oleh orang lain; atau
menerima bayaran daripada, atau yang dibuat bagi pihak, Perbadanan; dan
untuk menggulung hal ehwal institusi anggota dalam cara yang dibentuk untuk mencapai keputusan yang terbaik bagi semua pemiutang institusi anggota.
Objektif dalam perenggan (1)(a) diberi keutamaan berbanding dengan objektif dalam perenggan (1)(b) dan seorang pelikuidasi hendaklah mula mengusahakan kedua-dua objektif serta-merta apabila dilantik.
Penerusan perniagaan takaful keluarga