Seksyen 128D
Perintah pindah milik gantian
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Perbadanan boleh mengeluarkan suatu perintah pindah milik gantian untuk menggantikan mana-mana perintah pindah milik yang telah dikeluarkan sebelumnya bagi maksud membetulkan apa-apa peninggalan atau khilaf dalam perintah pindah milik itu.
(2)
Apa-apa perintah pindah milik gantian yang dikeluarkan oleh
Perbadanan di bawah subseksyen (1) yang menyatakan bahawa mana-mana syer yang dikeluarkan oleh institusi anggota telah dipindahkan kepada penerima pindahan hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai pemindahan itu pada tarikh pindah milik yang dinyatakan dalam perintah pindah milik gantian itu.
(3)
Apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh penerima pindahan, pemindah atau mana-mana orang lain, dengan bergantung kepada suatu perintah pindah milik yang dikeluarkan terdahulu tidaklah terjejas oleh mana-mana peninggalan atau khilaf yang dibetulkan dalam suatu perintah pindah milik gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).
Peruntukan am yang berhubungan dengan penggulungan
Takrif