Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English
Contents

Bahagian V · Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

70. Pemindahan sijil atau polisi antara anggota penanggung insurans

Feedback & support
(1)

Jika liabiliti sijil takaful atau polisi insurans suatu anggota penanggung insurans (dalam seksyen ini disebut “anggota pemindah”)

dipindahkan kepada dan diambil alih oleh anggota penanggung

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 97

insurans lain, manfaat dilindungi itu hendaklah disifatkan sebagai dan akan terus dilindungi secara berasingan oleh Perbadanan sehingga penunaian obligasi anggota pemindah berkenaan dengan manfaat takaful atau insurans itu.

(2)

Jika terdapat suatu pemindahan liabiliti sijil takaful atau polisi insurans di bawah subseksyen (1)—

(a)

anggota pemindah itu hendaklah memberikan notis mengenai pemindahan liabiliti sijil takaful atau polisi insurans dan perlindungan berasingan yang berterusan yang disebut dalam subseksyen (1); dan

(b)

Perbadanan boleh memberikan notis mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) jika pada pendapat

Perbadanan, kepentingan awam menghendaki supaya notis itu diberikan, melalui penyiaran dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian yang disiarkan di Malaysia, salah satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.

(3)

Anggota penanggung insurans hendaklah menyenggara apa-apa rekod yang dikehendaki oleh Perbadanan bagi maksud subseksyen (1).

(4)

Anggota penanggung insurans yang melanggar perenggan (2)(a)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit dan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Levi

Report

Bahagian VI

Pemeriksaan Institusi Anggota

Bahagian VII

Tindakan Oleh Perbadanan

Bahagian II

Bahagian II Jadual Kedua Belas kepada Akta Syarikat 2016, pelikuidasi pengendali takaful yang menjalankan perniagaan takaful keluarga—

Bahagian II

Bahagian II Jadual Kedua Belas kepada Akta Syarikat 2016, pelikuidasi syarikat insurans yang menjalankan perniagaan hayat—

Bahagian VIII

Perlindungan Penstabilan

Bahagian IX

Kuasa Berhubung Dengan Aset yang Diperoleh Oleh Perbadanan

Bahagian X

Kesalahan

Bahagian XI

Peruntukan Am

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules