Seksyen 71A
Pengiraan levi pertama berkenaan dengan anggota penanggung insurans baharu
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Levi pertama hendaklah dikira seperti yang berikut:
(a)
levi pertama yang kena dibayar oleh suatu anggota penanggung insurans baharu hendaklah dikira berdasarkan asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri;
(b)
levi pertama berkenaan dengan perniagaan takaful keluarga, takaful am, insurans hayat dan insurans am hendaklah dikira secara berasingan; dan
(c)
kadar levi yang terpakai bagi setiap anggota penanggung insurans baharu hendaklah berdasarkan apa-apa kriteria yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan.
(2)
Levi pertama yang kena dibayar oleh suatu anggota penanggung insurans baharu hendaklah berdasarkan penyata yang diperakui oleh ketua eksekutif anggota penanggung insurans baharu itu dan dikemukakan dalam apa-apa bentuk dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbadanan.