Seksyen 71
Levi pertama berkenaan dengan anggota penanggung insurans baharu
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Tertakluk pada subseksyen (2) dan (3), Perbadanan hendaklah mentaksir dan memungut levi pertama yang kena dibayar oleh suatu anggota penanggung insurans baharu bagi tahun taksiran yang ia menjadi suatu institusi anggota seperti yang berikut:
(a)
dua ratus lima puluh ribu ringgit; atau
(b)
suatu amaun berdasarkan suatu kadar yang ditetapkan oleh
Menteri atas syor Perbadanan dan dikira mengikut seksyen 71A, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
(2)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (3), jika perniagaan satu atau lebih pihak pemindah dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penanggung insurans baharu, Perbadanan hendaklah
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 99
mentaksir dan memungut levi pertama yang kena dibayar oleh anggota penanggung insurans baharu seperti yang berikut:
(a)
dua ratus lima puluh ribu ringgit; atau
(b)
suatu amaun berdasarkan suatu kadar yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan dan dikira mengikut seksyen 71A, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
(3)
Jika perniagaan satu atau lebih anggota penanggung insurans sahaja dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penanggung insurans baharu—
(a)
sebelum tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 72(1) dalam suatu tahun taksiran, tiada levi tahunan yang dikehendaki untuk dibayar oleh anggota penanggung insurans bagi tahun taksiran itu; dan
(b)
selepas tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 72(1) dalam suatu tahun taksiran, tiada levi pertama yang dikehendaki untuk dibayar oleh anggota penanggung insurans baharu itu.
(4)
Bagi mengelakkan keraguan, kadar yang berbeza boleh ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (2) bagi kategori yang anggota penanggung insurans baharu dikelaskan di bawah peraturan-peraturan levi dan kadar yang berbeza boleh terpakai bagi kategori anggota penanggung insurans baharu yang berbeza.
(5)
Anggota penanggung insurans baharu hendaklah membayar levi pertama kepada Perbadanan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh ia menjadi suatu anggota atau apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh Perbadanan.
100
Undang-Undang Malaysia