Skip to content

Seksyen 70A

Takrif

of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011

ActIn forceProvision 74 of 179
Seksyen 70A
(1)

Bagi maksud Bab ini—

98

Undang-Undang Malaysia

(a)

“pihak pemindah” ertinya seseorang, termasuk suatu anggota penanggung insurans, yang memindahkan perniagaannya di bawah skim pemindahan perniagaan;

(b)

“skim pemindahan perniagaan” merujuk kepada suatu skim pemindahan bagi keseluruhan atau bahagian material perniagaan takaful keluarga atau insurans hayat atau perniagaan takaful am atau insurans am; dan

(c)

“tarikh pemindahan” ertinya tarikh suatu skim pemindahan perniagaan berkuat kuasa sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(b), Perbadanan boleh menentukan perkara yang menjadi suatu bahagian material perniagaan takaful keluarga atau insurans hayat atau perniagaan takaful am atau insurans am.