Seksyen 76
Caj lampau tempoh berkenaan dengan anggota penanggung insurans
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
ActIn forceProvision 82 of 179
Seksyen 76
Jika mana-mana levi atau surcaj levi yang terhutang dan kena dibayar di bawah seksyen 71, 72 atau 75 belum dibayar oleh anggota penanggung insurans pada tarikh kena dibayar, levi atau surcaj levi yang belum dibayar itu hendaklah, tanpa penyampaian notis lanjutan kepada anggota penanggung insurans itu, dinaikkan ke suatu jumlah yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan levi yang belum dibayar.