Seksyen 84
Penentuan bayaran wajib bagi sijil takaful keluarga dan polisi hayat
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Tertakluk pada subseksyen (2), jika, dalam tempoh tiga bulan
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 113
dari tarikh perintah penggulungan, Perbadanan menerima suatu tuntutan daripada seseorang benefisiari takaful atau orang diinsuranskan yang menyatakan bahawa suatu risiko kejadian di bawah takaful keluarga atau polisi hayat telah berlaku sebelum tarikh perintah penggulungan yang berkenaan dengannya bayaran belum dibuat oleh atau bagi pihak anggota penanggung insurans, amaun bayaran wajib berkenaan dengan suatu manfaat dilindungi hendaklah dikira berdasarkan kewajipan anggota penanggung insurans itu yang timbul apabila risiko kejadian itu berlaku.
(2)
Bayaran wajib itu hendaklah tertakluk pada—
(a)
penerimaan tuntutan itu oleh Perbadanan dalam tempoh tiga bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (1)