Seksyen 79
Bayaran berkenaan dengan manfaat dilindungi
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Semua bayaran yang dibuat oleh Perbadanan berkenaan dengan—
(a)
manfaat dilindungi di bawah takaful keluarga dan segala kos yang berhubung dengannya hendaklah dibuat daripada kumpulan wang perlindungan takaful keluarga;
(b)
manfaat dilindungi di bawah polisi hayat dan segala kos yang berhubung dengannya hendaklah dibuat daripada kumpulan wang perlindungan insurans hayat;
(c)
manfaat dilindungi di bawah takaful am dan segala kos yang berhubung dengannya hendaklah dibuat daripada kumpulan wang perlindungan takaful am; dan
(d)
manfaat dilindungi di bawah polisi am dan segala kos yang berhubung dengannya hendaklah dibuat daripada kumpulan wang perlindungan insurans am.
(2)
Semua sebutan dalam Bab ini mengenai anggota penanggung insurans termasuklah, jika berkenaan, suatu bekas anggota penanggung insurans yang keanggotaannya telah dibatalkan di bawah seksyen 38 atau ditamatkan di bawah seksyen 39.