Seksyen 72
Levi tahunan berkenaan dengan anggota penanggung insurans
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Tertakluk pada perenggan 71(3)(a) dan subseksyen 73A(1), tiap-tiap anggota penanggung insurans hendaklah, bagi setiap tahun taksiran berikutan tahun taksiran yang ia menjadi institusi anggota, membayar levi tahunan pada atau sebelum tarikh kena bayar tahunan yang ditentukan oleh Perbadanan.
(2)
Tertakluk pada subseksyen (3), kadar atau kadar-kadar levi tahunan adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri atas syor
Perbadanan.
(3)
Levi tahunan yang kena dibayar oleh anggota penanggung insurans bagi suatu tahun taksiran tidak boleh lebih rendah daripada
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 101
apa-apa amaun atau amaun-amaun minimum sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan.
(4)
Bagi mengelakkan keraguan, kadar-kadar yang ditetapkan di bawah subseksyen (2) dan amaun-amaun minimum yang ditetapkan di bawah subseksyen (3) boleh berhubungan dengan kategori yang dalamnya anggota penanggung insurans dikelaskan di bawah peraturan-peraturan levi dan kadar dan amaun minimum yang berbeza boleh terpakai bagi kategori yang berbeza.
(5)
Mana-mana anggota penanggung insurans yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit dan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.