Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VI · Pelesenan dan Caj
39. Permohonan bagi lesen atau permit
Feedback & supportSeseorang pemohon bagi suatu lesen atau permit di bawah
Akta ini hendaklah mengemukakan permohonan mengikut bentuk dan cara berserta dengan apa-apa dokumen dan maklumat yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Permohonan itu hendaklah disertakan dengan apa-apa fi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.
Selepas menerima permohonan, dokumen, maklumat dan fi itu,
Suruhanjaya hendaklah menimbangkan permohonan itu dengan mengambil kira apa-apa kehendak yang ditetapkan.
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 41
Jika Suruhanjaya tidak berpuas hati bahawa pemohon itu telah memenuhi kehendak itu, Suruhanjaya hendaklah memberikan pemohon peluang untuk meminda, membetulkan atau menambah permohonannya dalam masa yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Kegagalan pemohon untuk meminda, membetulkan atau menambah permohonannya di bawah subseksyen (4) sehingga memuaskan hati Suruhanjaya hendaklah menyebabkan permohonan itu disifatkan sebagai telah ditarik balik.
Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa pemohon telah memenuhi kehendak itu, Suruhanjaya boleh mengeluarkan apa-apa lesen atau permit, tertakluk kepada bayaran fi yang ditetapkan.