Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VI · Pelesenan dan Caj
43. Penggantungan atau pembatalan lesen atau permit
Feedback & supportSuruhanjaya boleh, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen atau pemegang permit dan tanpa apa-apa pampasan, membatalkan atau menggantung lesen atau permit yang diberikan atau dikeluarkan di bawah Bahagian ini—
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 43
jika mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen atau permit tidak dipatuhi;
jika pengeluaran lesen atau permit telah didorong oleh representasi palsu tentang fakta oleh atau bagi pihak pemohon, pemegang lesen atau pemegang permit;
sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal suatu syarikat, penyelesaian, pemegang lesen atau pemegang permit atau, jika seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan pemegang lesen atau pemegang permit; atau
jika ia berpuas hati bahawa lesen atau permit yang diberikan atau dikeluarkan di bawah Bahagian ini telah atau diniatkan untuk digunakan bagi suatu maksud yang menyalahi undang-undang atau maksud asal yang baginya lesen atau permit itu diberikan atau dikeluarkan tidak lagi wujud.
Suruhanjaya tidak boleh membatalkan atau menggantung sesuatu lesen atau permit melainkan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa, selepas memberikan pemegang lesen atau pemegang permit itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi secara bertulis yang dia berhasrat untuk buat, lesen atau permit itu hendaklah dibatalkan atau digantung.
Walau apa pun subseksyen (1), sekiranya pemegang lesen perkhidmatan udara atau pemegang permit perkhidmatan udara terhenti daripada memegang suatu perakuan pengendali udara yang sah, lesen perkhidmatan udara atau permit perkhidmatan udara yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini hendaklah disifatkan telah dibatalkan berkuat kuasa mulai tarikh pemegang lesen perkhidmatan udara atau pemegang permit perkhidmatan udara terhenti memegang perakuan pengendali udara.
Menjadi kewajipan setiap pemegang lesen perkhidmatan udara atau pemegang permit perkhidmatan udara untuk memaklumkan
Suruhanjaya, tidak lewat daripada dua hari selepas berlakunya
44
Undang-Undang Malaysia kejadian yang dinyatakan dalam subseksyen (3), mengenai berlakunya kejadian itu dan tarikh kuat kuasa kejadian itu, dan menyerahkan balik lesen perkhidmatan udara atau permit perkhidmatan udara yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini kepada Suruhanjaya mengikut subseksyen (5).
Jika suatu lesen atau permit—
telah dibatalkan, lesen atau permit itu tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan dan pemegang lesen atau pemegang permit hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen atau permit itu mengembalikan lesen atau permit itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Suruhanjaya; atau
telah digantung, lesen atau permit itu tidak mempunyai kuat kuasa semasa tempoh penggantungan.