Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VI · Pelesenan dan Caj
46. Kuasa untuk menetapkan caj
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah mengawal selia caj bagi perkhidmatan penerbangan.
Dalam menjalankan fungsinya di bawah subseksyen (1),
Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk—
menetapkan caj, termasuk caj maksimum, atau mewujudkan kaedah bagi penentuan apa-apa caj bagi perkhidmatan penerbangan;
menjalankan kajian semula bagi caj perkhidmatan penumpang, fi pendaratan dan fi parkir, caj pengendalian darat pihak ketiga dan apa-apa caj lain bagi perkhidmatan penerbangan pada apa-apa lat tempoh yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya; dan
berikutan apa-apa kajian semula itu, menyemak apa-apa caj yang telah ditetapkan atau kaedah yang diwujudkan di bawah perenggan (a) sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.
Bagi maksud perenggan (2)(a) dan (c), Suruhanjaya hendaklah mengambil kira—
kos membekalkan perkhidmatan penerbangan;
keperluan untuk menggalakkan caj yang bersaing;
apa-apa penanda aras yang berkaitan termasuklah penanda aras antarabangsa bagi harga, kos dan pulangan atas aset dalam industri yang setanding;
implikasi kewangan yang mungkin berbangkit daripada penentuan Suruhanjaya;
kepentingan pengguna dan pelabur;
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 47
pulangan atas aset bagi pemegang lesen atau pemegang permit; dan
apa-apa faktor lain yang difikirkan berkaitan oleh
Suruhanjaya.
Suruhanjaya hendaklah menyiarkan semua caj yang ditentukan oleh Suruhanjaya dalam Warta.