Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VI · Pelesenan dan Caj
42. Pembaharuan lesen atau permit
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Suruhanjaya boleh, atas suatu permohonan oleh pemegang lesen atau pemegang permit, membaharui lesen atau permit orang itu atas apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya atau menolak permohonan itu.
Suatu permohonan bagi pembaharuan lesen atau permit di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum tarikh tamat lesen atau permit yang sedia ada, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah disertakan dengan fi pembaharuan yang ditetapkan.
Jika pemohon tidak mematuhi subseksyen (2) dan tidak memberikan apa-apa sebab yang difikirkan munasabah oleh
Suruhanjaya, Suruhanjaya boleh menolak untuk meneruskan dengan, mendengar atau menentukan permohonan itu.
Jika tiada permohonan bagi pembaharuan semula sesuatu lesen atau permit dikemukakan, pemegang lesen atau permit hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh tamat lesen atau permit itu, mengembalikan lesen atau permit itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Suruhanjaya.