Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian VI · Pelesenan dan Caj

44. Penyerahan balik lesen atau permit

Feedback & support
(1)

Seseorang pemegang lesen atau pemegang permit boleh menyerahkan balik lesennya atau permitnya dengan mengemukakan kepada Suruhanjaya suatu notis bertulis mengenai penyerahan balik lesen atau permit itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak kurang daripada enam bulan sebelum tarikh penyerahan balik yang dicadangkan.

(2)

Penyerahan balik lesen atau permit hendaklah berkuat kuasa enam bulan dari tarikh Suruhanjaya menerima notis di bawah subseksyen (1) atau pada apa-apa tarikh lain yang dinyatakan oleh

Suruhanjaya.

(3)

Penyerahan balik sesuatu lesen atau permit di bawah subseksyen (1) tidak boleh ditarik balik melainkan jika Suruhanjaya melalui notis secara bertulis kepada pemegang lesen atau pemegang

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 45

permit membenarkan penyerahan balik itu ditarik balik sebelum tarikh kuat kuasa penyerahan balik lesen atau permit itu.

(4)

Pemegang lesen atau pemegang permit hendaklah—

(a)

mengambil segala langkah dan memberikan segala bantuan yang dikehendaki oleh Suruhanjaya menurut penyerahan balik lesen atau permit itu; dan

(b)

mengemukakan lesen atau permit itu kepada Suruhanjaya pada tarikh kuat kuasa penyerahan balik lesen atau permit itu.

Report

Bahagian VII

Persaingan

Bahagian VIII

Hak Trafik Udara dan Penguntukan Slot

Bahagian IX

Obligasi Perkhidmatan Awam

Bahagian X

Perlindungan Pengguna

Bahagian XI

Penyelesaian Pertikaian

Bahagian XII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIII

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules