Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian XII · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

81. Kuasa untuk menghendaki maklumat

Feedback & support
(1)

Pegawai diberi kuasa boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (2) terhadap mana-mana orang jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu—

(a)

mempunyai apa-apa maklumat atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa di bawah

Akta ini; atau

(b)

berupaya memberikan apa-apa keterangan yang pegawai diberi kuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa keterangan itu berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa di bawah Akta ini.

(2)

Perintah di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki orang itu—

(a)

untuk memberi pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat itu;

78

Undang-Undang Malaysia

(b)

untuk mengemukakan kepada

Suruhanjaya apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik;

(c)

untuk membuat salinan apa-apa dokumen dan mengemukakan salinan itu kepada Suruhanjaya;

(d)

jika orang itu ialah seorang individu, untuk hadir, dalam suatu pendengaran tertutup, di hadapan Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan mana-mana dokumen itu, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik;

(e)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, untuk menyebabkan pegawai berwibawa pertubuhan perbadanan atau badan awam itu supaya hadir, pada pendengaran tertutup, di hadapan Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik; atau

(f)

jika orang itu ialah suatu perkongsian, untuk menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja dalam perkongsian itu supaya hadir, dalam suatu pendengaran tertutup di hadapan

Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik.

(3)

Orang yang diperintahkan sedemikian di bawah subseksyen (1)

hendaklah—

(a)

memberikan maklumat atau dokumen yang dikehendaki dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Suruhanjaya; dan

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 79

(b)

memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap dan hendaklah memberikan suatu representasi mengenai hakikat itu, termasuklah representasi bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.

(4)

Seseorang yang tidak mematuhi perintah Suruhanjaya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian XIII

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules