Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian XII · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
86. Pemberian maklumat
Feedback & supportMana-mana orang yang—
mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa seseorang pegawai diberi kuasa sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau
mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang pegawai diberi kuasa di bawah Akta ini dan
82
Undang-Undang Malaysia menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Tiada apa pun dalam subseksyen (1) menjadikan suatu kesalahan bagi seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—
kepada pelanggannya atau wakil pelanggannya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada pelanggan itu dalam penjalanan dan bagi maksud pengambilan khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau
kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.
Subseksyen (2) tidaklah terpakai berhubungan dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.
Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, menjadi pembelaan jika orang itu membuktikan bahawa—
dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) berkemungkinan menjejaskan penyiasatan itu; atau
dia mempunyai kuasa sah atau alasan munasabah untuk membuat penzahiran itu.
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 83