Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian XII · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
82. Kuasa untuk menjalankan pemeriksaan
Feedback & supportBagi maksud menentukan pematuhan Akta ini atau pelanggaran kod kelakuan di bawah seksyen 15 atau kod pengguna di bawah seksyen 69, Suruhanjaya hendaklah mempunyai akses kepada mana-mana tempat atau bangunan dan boleh memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki untuk disimpan oleh
Suruhanjaya atau perlu bagi maksud menentukan pematuhan kepada
Akta ini.
Bagi maksud seksyen ini, Suruhanjaya boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang berada dalam jagaan atau di bawah kawalan orang itu.
Mana-mana orang yang—
tidak mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini; atau 80
Undang-Undang Malaysia
menggalang, mengugut, mengganggu, mengacau atau menghalang Suruhanjaya semasa menjalankan apa-apa kuasa di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.