Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian XII · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
87. Ancaman atau tindakan balas dilarang
Feedback & supportTiada seorang pun boleh—
memaksa atau cuba untuk memaksa mana-mana orang untuk menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam subseksyen (3); atau
menjadikan mana-mana orang tertakluk kepada apa-apa keadaan merugikan dari segi komersial atau selainnya sebagai tindakan balas terhadap orang itu kerana melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam subseksyen (3).
Bagi maksud dan tanpa menjejaskan keluasan perenggan
, keadaan merugikan dari segi komersial atau selainnya boleh termasuk suatu ancaman pembayaran lewat untuk amaun yang kena dibayar dengan sewajarnya kepada orang itu, pembawaan atau penjalanan yang tidak munasabah litigasi terhadap orang itu, pembatalan pesanan dengan orang itu, atau pengalihan perniagaan daripada, atau keengganan untuk berdagang dengan, orang itu.
Perbuatan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah seperti yang berikut:
membuat suatu aduan kepada Suruhanjaya; dan
bekerjasama dengan, atau menawarkan atau bersetuju untuk bekerjasama dengan, Suruhanjaya berkaitan dengan apa-apa penyiasatan oleh Suruhanjaya.
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan bagi kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, didenda tidak melebihi dua juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
84
Undang-Undang Malaysia