Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian XII · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

85. Perintah pematuhan

Feedback & support
(1)

Jika pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa seseorang itu telah melakukan atau mungkin akan melakukan suatu kesalahan atau telah melanggar atau mungkin akan melanggar suatu larangan terhadap Akta ini, dia boleh membuat suatu perintah pematuhan di bawah seksyen ini.

(2)

Mana-mana orang yang terhadapnya suatu perintah pematuhan dibuat hendaklah mematuhi perintah itu.

(3)

Suatu perintah pematuhan boleh menghendaki seseorang supaya menahan diri daripada pelakuan yang melanggar Akta ini atau mengambil tindakan yang dikehendaki bagi mematuhi Akta ini.

(4)

Suatu perintah pematuhan hendaklah dibuat secara bertulis yang menyatakan alasan bagi pembuatannya.

Report

Bahagian XIII

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules