Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian XIII · Bahagian XIII
90. Penyata, laporan, akaun dan maklumat
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam yang dinyatakan oleh Menteri, apa-apa
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 85
penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan aktivitinya dan kewangannya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh
Menteri dari semasa ke semasa.
Suruhanjaya hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya suatu laporan dibuat dan dihantar kepada Menteri, dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain yang memperkatakan aktiviti Suruhanjaya semasa tahun kewangan yang sebelumnya.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Suruhanjaya dan apa-apa perkara lain yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.