Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian XIII · Bahagian XIII
95. Representasi dalam prosiding sivil
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain—
dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap
Suruhanjaya;
dalam mana-mana prosiding sivil terhadap mana-mana pekerja berhubung dengan pelaksanaan fungsinya di bawah
Akta ini; atau
dalam mana-mana prosiding sivil lain yang dalamnya
Suruhanjaya dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau didengari, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengari, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya bagi maksud itu boleh, bagi pihak Suruhanjaya atau pekerja itu, memulakan prosiding sedemikian atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan semua perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Suruhanjaya atau pekerja itu.