Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian XIII · Bahagian XIII

94. Obligasi kerahsiaan

Feedback & support
(1)

Kecuali bagi apa-apa maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Suruhanjaya—

(a)

tiada anggota

Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pekerja atau ejen

Suruhanjaya atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatannya atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya dalam penjalanan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini atau Akta Penerbangan Awam 1969; dan

(b)

tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal

Suruhanjaya boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.

88

Undang-Undang Malaysia

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules