Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian XIII · Bahagian XIII
98. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportSuruhanjaya boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi—
menguatkuasakan dengan sepenuhnya peruntukan Akta ini;
menjalankan atau mencapai matlamat dan maksud Akta ini;
atau
pelaksanaan peruntukan Akta ini dengan lebih lanjut, lebih baik atau sesuai.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi—
menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pengeluaran lesen dan permit di bawah Akta ini, termasuk
90
Undang-Undang Malaysia kelayakan orang yang memohon lesen dan permit itu, fi lesen dan permit, tempoh lesen dan permit, bentuk lesen dan permit, syarat standard lesen dan permit, fi permohonan, fi tahunan, fi pembaharuan dan caj pemprosesan yang lain;
menetapkan perkara yang berkaitan dengan penguntukan hak trafik udara;
menetapkan perkara yang berkaitan dengan penguntukan slot di aerodrom;
menetapkan kod kelakuan bagi anggota Suruhanjaya dan anggota jawatankuasa;
menetapkan syarat-syarat perkhidmatan, kelakuan dan tatatertib pekerja Suruhanjaya;
menetapkan perkara yang berkaitan dengan obligasi perkhidmatan awam;
menetapkan kod pengguna dan perkara yang berkaitan dengan perlindungan pengguna;
menetapkan perkara yang berkaitan dengan penyelesaian pertikaian;
menetapkan perkara yang berkaitan dengan persaingan dalam industri penerbangan awam;
menetapkan perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan pengendalian darat;
menetapkan fi dan caj yang kena dibayar kepada
Suruhanjaya di bawah Akta ini dan cara untuk memungut dan membayar fi itu, yang termasuklah mengecualikan secara sepenuhnya atau sebahagiannya bayaran apa-apa fi dan caj yang kena dibayar kepada Suruhanjaya di bawah
Akta ini oleh mana-mana pesawat udara, penerbangan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 91
atau orang atau kelas pesawat udara, penerbangan, atau orang atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya;
mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan kesemua atau mana-mana aktiviti Suruhanjaya dan secara amnya pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Suruhanjaya di bawah Akta ini; dan
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang dijangkakan oleh, atau perlu bagi menguatkuasakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbiran sewajarnya.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.