Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian XIII · Bahagian XIII

92. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Feedback & support
(1)

Jika seseorang yang disabitkan berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini ialah suatu pertubuhan perbadanan, ia hanya boleh dihukum dengan denda yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

(2)

Jika suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu merupakan seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, pegawai, pekerja, wakil atau setiausaha pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau dengan apa-apa cara atau pada apa-apa takat

86

Undang-Undang Malaysia bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

(b)

hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pengetahuannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankannya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan.

(3)

Jika seseorang yang merupakan pekerja sesuatu pertubuhan perbadanan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan telah melanggar peruntukan itu.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “pegawai”, berhubung dengan seseorang pengarah suatu perbadanan, termasuklah—

(a)

seseorang yang menjawat atau bertindak dalam kedudukan seorang pengarah perbadanan, dengan apa jua nama yang dipanggil, dan sama ada atau tidak dilantik secara sah atau diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak atas kedudukan itu;

(b)

seseorang yang mengikut arahannya atau suruhannya pengarah suatu perbadanan pada kebiasaannya bertindak;

dan

(c)

jika perbadanan itu diperbadankan di luar Malaysia—

(i)

seorang anggota lembaga perbadanan itu;

(ii)

seorang yang menjawat atau bertindak dalam kedudukan pengarah lembaga perbadanan, dengan apa jua nama yang dipanggil, dan sama ada atau tidak

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 87

dilantik dengan sah untuk menjawat atau diberi kuasa sewajarnya untuk bertindak atas kedudukan itu; dan

(iii)

seorang yang mengikut arahannya atau suruhannya anggota lembaga perbadanan pada kebiasaannya bertindak.

Report

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules