Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian XI · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
41. Kemasukan ke dalam premis tanpa waran geledah dan kuasa untuk menyita
Feedback & supportJika seseorang pegawai berpuas hati berdasarkan maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa, oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran geledah, apa-apa artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya dalam tempat kerja atau tempat kediaman yang digunakan untuk melakukan atau dicadangkan hendak digunakan untuk melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya mungkin akan dialihkan atau dimusnahkan, dia boleh memasuki tempat kerja atau tempat kediaman itu tanpa waran dan menyita atau mengelak artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya itu yang dijumpai dalamnya:
Dengan syarat bahawa adalah menjadi suatu kesalahan jika seseorang tanpa kuasa yang sah memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak sedemikian atau mengalihkan mana-mana artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagian itu atau cuba berbuat demikian.