Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian XI · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
42. Kuasa untuk masuk secara paksa dan penyampaian kepada penghuni salinan bertandatangan senarai benda yang disita dari premis
Feedback & supportSeseorang pegawai boleh, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 40 atau 41, jika perlu untuk berbuat demikian—
memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam sesuatu tempat kerja atau tempat kediaman dan memasukinya;
dengan menggunakan kekerasan memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;
dengan menggunakan kekerasan mengalihkan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; dan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 61
menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di tempat itu sehingga tempat itu digeledah.
Pegawai yang menyita apa-apa artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya di bawah seksyen 40
atau 41 hendaklah menyediakan suatu senarai benda yang disita dan dengan serta-merta, atau dengan seberapa segera yang praktik, menyerahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni, atau ejen atau pengkhidmatnya yang berada di premis itu, dan jika premis itu tidak dihuni, pegawai itu hendaklah, di mana-mana mungkin, menampalkan suatu senarai benda yang disita di premis itu.