Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian XI · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
43. Peruntukan lanjut berhubungan dengan pemeriksaan
Feedback & supportApabila memasuki mana-mana tempat kerja seseorang pegawai hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memberitahu majikan dan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan mengenai kemasukan itu.
Apabila selesai sesuatu siasatan seseorang pegawai hendaklah memberi majikan dan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan maklumat berkenaan dengan pemerhatiannya dan apa-apa tindakan yang dia bercadang untuk mengambilnya berhubungan dengan tempat kerja.
Jika seseorang pegawai bercadang untuk mengambil dan mengalihkan suatu sampel dari tempat kerja bagi maksud penganalisisan, dia hendaklah memberitahu majikan dan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dan selepas mengambil sampel itu dia hendaklah jika mungkin—
membahagi sampel yang diambil kepada seberapa banyak bahagian yang perlu dan menandakan dan mengelak atau menandakan dan menutup setiap bahagian mengikut cara yang dibenarkan oleh sifatnya;
62
Undang-Undang Malaysia
jika dikehendaki oleh majikan atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan, menyerahkan satu bahagian setiap satunya kepada majikan atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan;
menyimpan satu bahagian bagi perbandingan masa hadapan; dan
jika penganalisisan sampel hendak dibuat, mengemukakan satu bahagian lain kepada seseorang penganalisis bagi penganalisisan.