Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian XI · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
47. Kesalahan berhubungan dengan pemeriksaan, penelitian atau penyiasatan
Feedback & supportSeseorang yang—
enggan memberikan laluan masuk ke sesuatu tempat kerja kepada seseorang pegawai atau orang yang membantunya;
menghalang seseorang pegawai menjalankan kuasanya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau mendorong atau cuba untuk mendorong mana-mana orang lain untuk berbuat demikian;
tidak menunjukkan apa-apa dokumen yang dikehendaki di bawah Akta ini oleh pegawai itu;
menyembunyikan lokasi atau kewujudan mana-mana orang lain atau apa-apa loji atau bahan daripada pegawai itu;
menghalang atau cuba menghalang mana-mana orang lain daripada membantu pegawai itu;
tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh seseorang pegawai yang semunasabahnya perlu bagi maksud apa-apa pemeriksaan, penelitian atau penyiasatan;
atau
dengan apa-apa cara lain, menghalang, menyekat, atau menentang pegawai itu dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya,
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 65
adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.