Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2024Read it in English

Bahagian XI · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

45. Kuasa untuk memeriksa saksi

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai yang membuat suatu siasatan di bawah seksyen 39 atau 44 boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang pada hematnya mengetahui fakta-fakta dan hal keadaan kes itu.

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 63

(2)

Orang yang disebut dalam subseksyen (1) adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai itu:

Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan jika pegawai itu tidak atau enggan, apabila diminta, untuk mengemukakan kepadanya perakuan pemberikuasaan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah kepada pegawai itu di bawah subseksyen 7(1):

Dengan syarat selanjutnya bahawa orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya akan cenderung ke arah mendedahkannya kepada suatu pertuduhan atau penalti jenayah atau perlucuthakan.

(3)

Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan-soalan.

(4)

Seseorang pegawai yang mendapatkan maklumat daripada seseorang hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3).

(5)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, ditukar ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani olehnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan yang dibuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

(6)

Jika seseorang pegawai menggunakan bantuan jurubahasa, apa-apa siasatan atau rekuisisi kepada seseorang yang dibuat bagi pihak pegawai itu oleh jurubahasa itu hendaklah, bagi semua maksud, disifatkan sebagai telah sebenarnya dibuat oleh pegawai itu, dan apa-apa jawapan yang dibuat kepada jurubahasa itu hendaklah disifatkan sebagai telah sebenarnya dibuat kepada pegawai itu.

64

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian XII

Liabiliti bagi Kesalahan

Bahagian XIII

Rayuan

Bahagian XIV

Peraturan-Peraturan

Bahagian XV

Pelbagai

Schedules