Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian XI · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
50. Orang terkilan boleh merayu
Feedback & supportSeseorang yang terkilan oleh mana-mana notis yang dikeluarkan oleh seseorang pegawai di bawah seksyen 48 boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis itu, merayu kepada Ketua
Pengarah yang boleh, selepas menimbangkan rayuan itu, melalui perintah bertulis mengesahkan, membatalkan atau mengubah notis itu.
Seseorang yang terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu, merayu kepada suatu jawatankuasa rayuan yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 63.
Jika notis perbaikan atau larangan dikeluarkan oleh Ketua
Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah dalam menjalankan kuasa yang diberikan di bawah seksyen 48, rayuan itu hendaklah dibuat kepada suatu jawatankuasa rayuan yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 63.