Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian XI · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
48. Notis perbaikan dan notis larangan
Feedback & supportJika seseorang pegawai berpendapat bahawa tempat kerja, loji, bahan atau proses mungkin akan menjadi bahaya, atau mungkin akan menyebabkan kecederaan badan atau menjadi risiko yang serius kepada kesihatan mana-mana orang, atau mungkin akan menyebabkan kerosakan kepada mana-mana harta, dia hendaklah menyerahkan suatu notis perbaikan kepada orang yang di bawah kawalannya tempat kerja, loji, bahan atau proses itu terletak menghendaki orang itu mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan bahaya itu atau membetulkan apa-apa kecacatan dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan olehnya dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan olehnya.
Jika seseorang pegawai berpendapat bahawa kecacatan dalam subseksyen (1) adalah mungkin akan menyebabkan bahaya serta-merta kepada kehidupan atau harta, dia hendaklah menyampaikan suatu notis larangan melarang penggunaan atau pengendalian tempat kerja, loji, bahan atau proses itu sehingga masa apa-apa bahaya yang timbul dihapuskan dan kecacatan itu diperbaiki hingga pegawai itu berpuas hati.
Notis perbaikan atau notis larangan di bawah subseksyen (1)
atau (2) hendaklah—
menyatakan bahawa pegawai itu berpendapat bahawa berkenaan dengan loji, bahan atau proses di tempat kerja itu, berlaku atau mungkin berlaku aktiviti yang menjadi atau mungkin akan menjadi bahaya atau mungkin akan menyebabkan kecederaan badan atau risiko yang serius kepada kesihatan mana-mana orang atau mungkin akan menyebabkan kerosakan atau mungkin akan menyebabkan bahaya serta-merta kepada nyawa atau harta, dan menyatakan sebab-sebab bagi pendapat itu; dan 66
Undang-Undang Malaysia
jika pada pendapat pegawai itu aktiviti yang berkenaan ialah suatu pelanggaran atau mungkin menjadi suatu pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, menyatakan peruntukan itu dan sebab-sebab bagi pendapat itu.
Seseorang pegawai boleh memasukkan dalam sesuatu notis perbaikan atau notis larangan arahan mengenai langkah-langkah yang hendaklah diambil untuk menghapuskan apa-apa bahaya, kemungkinan bahaya, risiko, perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti yang notis itu berhubungan dengannya dan arahan itu boleh merujuk kepada mana-mana tataamalan industri yang diluluskan.
Tanpa menjejaskan peruntukan subseksyen (2) seseorang pegawai boleh, jika difikirkannya perlu, terus menjadikan tempat kerja, loji, bahan atau proses itu tidak berfungsi melalui apa-apa cara yang difikirkannya sesuai bagi maksud itu.
Jika tindakan sedemikian diambil oleh pegawai itu di bawah subseksyen (5) dia boleh, jika difikirkannya patut, mendapatkan kos bagi tindakan itu daripada penghuni atau orang yang mempunyai tanggungjawab atau kawalan ke atas tempat kerja, loji, bahan atau proses itu.