Akta Cakera Optik 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
37. Kuasa tambahan
Feedback & supportMana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor boleh, bagi maksud menguatkuasakan Akta ini, melakukan semua atau mana-mana yang berikut:
melawat, memasuki, memeriksa dan meneliti dengan atau tanpa notis mana-mana premis yang dilesenkan pada bila-bila masa yang munasabah;
menghendaki pengemukaan rekod, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen yang disimpan oleh pemegang lesen dan memeriksa, meneliti dan menyalin mana-mana daripadanya;
menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini; atau
membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.