Akta Cakera Optik 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
47. Kos memegang barang, dsb., yang disita
Feedback & supportJika apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegang benda itu dalam jagaan, hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya.