Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VII · Penguatkuasaan

44. Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

Feedback & support
(1)

Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor yang menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu.

(2)

Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) itu adalah terikat di sisi undang undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang ditujukan kepadanya oleh Penolong

Pengawal atau pegawai polis itu, tetapi orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau

Cakera Optik 29

perlucuthakan.

(3)

Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan.

(4)

Seseorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan

(3)

.

(5)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini, sama ada atau tidak suatu amaran telah diberikan kepadanya di bawah subseksyen 45(2) hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan—

(a)

selepas ia dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya; dan

(b)

selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Report

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules