Akta Cakera Optik 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
39. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Feedback & supportJika seseorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 38 mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran geledah di bawah seksyen itu penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan,
Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor itu boleh masuk ke dalam premis itu dan menjalankan semua kuasa yang disebut dalam seksyen 38
dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.