Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VII · Penguatkuasaan

45. Pernyataan boleh diterima sebagai keterangan

Feedback & support
(1)

Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan salah atau tidak atau secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada atau tidak semasa penyiasatan di bawah Akta ini dan sama ada atau tidak keseluruhannya atau sebahagiannya pada menjawab soalan, oleh orang itu kepada atau dengan didengar oleh seorang Penolong

Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada

Inspektor dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis lain atau orang lain, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya dan, jika orang yang dipertuduh itu mengemukakan dirinya sebagai saksi, mana-mana pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 30

(2)

Pernyataan yang disebut dalam subseksyen (1)—

(a)

tidak boleh diterima atau digunakan di bawah subseksyen itu—

(i)

jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah itu untuk memberi orang yang dipertuduh itu alasan yang pada pendapatnya adalah munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya itu; atau

(ii)

dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa suatu amaran telah diberikan kepadanya dalam perkataan yang berikut atau perkataan yang serupa maksudnya:

“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidaklah diwajibkan menyatakan sesuatu atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang kamu nyatakan, sama ada pada menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan.”;

dan

(b)

jika dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk dia diberi amaran, tidak boleh dijadikan tidak boleh diterima sebagai keterangan hanya atas sebab tidak ada amaran diberikan jika amaran itu telah diberikan dengan secepat mungkin.

(3)

Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah diwajibkan menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan kes itu selepas amaran di bawah subseksyen (2) telah diberikan kepadanya.

Cakera Optik 31

Report

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules