Akta Cakera Optik 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
42. Akses kepada data berkomputer
Feedback & support(1)
Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor yang menjalankan penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi akses kepada data berkomputer sama ada yang distorkan dalam suatu komputer atau selainnya.
(2)
Dalam seksyen ini, “akses” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan data berkomputer difahami.