Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VII · Penguatkuasaan

46. Pelucuthakan barang, dsb

Feedback & support
(1)

Segala barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.

(2)

Mahkamah yang membicarakan mana-mana orang yang dipertuduh melakukan kesalahan di bawah Akta ini boleh pada akhir perbicaraan itu, sama ada orang itu didapati bersalah atau tidak, memerintahkan supaya barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang disita daripada orang itu dimusnahkan atau dalam hal salinan langgaran, dihantar kepada tuan punya pertama hak cipta yang berkenaan atau pemegang serah hak atau pemegang lesen eksklusifnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang telah disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh ia disita melainkan jika suatu tuntutan terhadapnya dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dialah tuan punya mana-mana barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang disita di bawah Akta ini dan bahawa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen itu tidak boleh dilucuthakkan boleh memberikan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notis bertulis kepada Penolong Pengawal mengenai tuntutannya itu.

(5)

Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima,

Penolong Pengawal hendaklah merujukkan perkara itu kepada

Pengawal yang boleh, selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang perlu, mengarahkan supaya barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen itu dilepaskan atau dilucuthakkan atau merujukkan perkara itu kepada Mahkamah Majistret Kelas Pertama bagi mendapatkan keputusan.

(6)

Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dialah tuan punya barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen itu dan orang yang daripadanya ia disita, hadir di hadapan mahkamah itu, dan apabila mereka hadir atau mereka tidak hadir,

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 32

tetapi penyampaian saman dengan sewajarnya telah dibuktikan, mahkamah itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila terbukti bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya barang, cakera optik benda, buku atau dokumen itu dilucuthakkan atau boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan barang, cakera optik, buku atau dokumen itu kepada orang yang berhak kepadanya.

(7)

Apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang dilucuthakkan atau yang disifatkan dilucuthakkan hendaklah dihantarserahkan kepada Pengawal yang hendaklah melupuskannya mengikut cara yang difikirkannya sesuai.

Report

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules